Thursday, 24 February 2011

Check Up 34 Weeks

Hari ni cek up untuk 34 minggu..Mood pada hari ni tak berapa nak baik.. Pagi2 lagi perut dah rase macam sakit senggugut.. Setelah tunggu lebih kurang 30 minit, doktor pun panggil masuk.. Bila doktor tu kata saya nampak kurus, saya terus jadi happy balik..Tanpa membuang masa, doktor terus suruh baring untuk scan baby.. Bila doktor tengok saiz perut saya, dia ckp saiz perut saya x sepadan dengan badan saya.. time ni jadi x happy balik..Baby takde masalah.. tapi kata2 doktor selepas tu buat saya rasa x sedap hati.. Baby berkemungkinan akan jadi besar.. Sekiranya dlm 10 hari lagi baby jadi semakin besar drpd biasa, doktor menyarankan agar saya bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan.. tapi itu semua bergantung kepada baby.. harap2 baby jgn la besar sgt ye.. dan keluar la dgn rela.. tak payah nak paksa2 keluar..tapi kalau dah terpaksa nk buat mcm mana.. asalkan baby sihat.. tak pela...

Tuesday, 22 February 2011

Cipo Miau Yang Comel Dan Busuk Tapi Still Part of My Family..

Hai.. Beberapa hari yang lalu encik suami telah mengutip seekor anak miau yang tak berapa nak comel dan busuk.. Oleh kerana anak miau tersebut telah mengiau sekuat-kuat hati dari malam sehinggalah ke pagi.. Encik suami yang biasanya keras hati terus jadi tak sampai hati dan membawa miau tersebut masuk ke dalam rumah.. encik suami juga sanggup membeli semua kelengkapan untuk membesarkan anak miau yang tidak comel itu... Antara barang-barang yang telah dibeli oleh beliau ialah botol susu miau, susu miau, pasir miau, litter box miau, and litter scoop.. Miau yang tidak comel itu telah dinamakan Cipo yang bermaksud 'gift'.. Cipo dimandikan dan dibersihkan oleh encik suami.. Setelah beberapa hari Cipo kelihatan comel sedikit.. tapi Cipo tetap busuk kerana    Cipo tak pandai bersihkan diri selepas makan makanan miau..( Bau Cipo macam tuna2 sikit..) Kadang2 bila tengok Cipo rasa kesian sangat.. Mana la mak dia.. Kalau mak cipo ada mesti bau Cipo tak macam tu.. Kepada Cik Cipo cepat2 besar ye.. lepas tu Cik Cipo kena duduk kat luar tau.. Belajar tangkap tikus dan jadi miau yang baik.. ;)

Hobi Baru Yang Nak Sangat Buat Tapi Tak Buat-buat

Bela ikan.. hobi saya yang hangat-hangat taik ayam sejak dari dulu lagi.. tak la baru sangat hobi ni.. dah lama dah pun.. sejak zaman sekolah lagi.. Kalau nak kira pengalaman saya dalam menyaksikan kematian ikan-ikan gapi ni memang banyak dan sangat menyayat hati.. ye la.. masa tu tak ada ilmu langsung tentang bela2 ikan ni.. Sekarang dah ada ilmu la jugak kalau nak dibandingkan dengan dulu tu..Tapi untuk kali ini saya nak membela ikan yang lengkap dengan landskap tanaman air yang cantik-cantik dan sejuk mata memandang.. jenis ikan yang saya nak bela pun bukanlah jenis yang mahal.. ikan gapi je pun.. apakan daya.. encik suami telah mengarahkan saya untuk tangguhkan dulu hasrat murni saya tu sehingga saya selamat bersalin.. ops.. bukan sehingga selamat bersalin tapi sehingga pindah rumah lain.. haishhh...........