Tuesday, 22 February 2011
Cipo Miau Yang Comel Dan Busuk Tapi Still Part of My Family..
Hai.. Beberapa hari yang lalu encik suami telah mengutip seekor anak miau yang tak berapa nak comel dan busuk.. Oleh kerana anak miau tersebut telah mengiau sekuat-kuat hati dari malam sehinggalah ke pagi.. Encik suami yang biasanya keras hati terus jadi tak sampai hati dan membawa miau tersebut masuk ke dalam rumah.. encik suami juga sanggup membeli semua kelengkapan untuk membesarkan anak miau yang tidak comel itu... Antara barang-barang yang telah dibeli oleh beliau ialah botol susu miau, susu miau, pasir miau, litter box miau, and litter scoop.. Miau yang tidak comel itu telah dinamakan Cipo yang bermaksud 'gift'.. Cipo dimandikan dan dibersihkan oleh encik suami.. Setelah beberapa hari Cipo kelihatan comel sedikit.. tapi Cipo tetap busuk kerana Cipo tak pandai bersihkan diri selepas makan makanan miau..( Bau Cipo macam tuna2 sikit..) Kadang2 bila tengok Cipo rasa kesian sangat.. Mana la mak dia.. Kalau mak cipo ada mesti bau Cipo tak macam tu.. Kepada Cik Cipo cepat2 besar ye.. lepas tu Cik Cipo kena duduk kat luar tau.. Belajar tangkap tikus dan jadi miau yang baik.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment